Kristianisasi di Haiti ?

Archived in the category: Kehidupan
Posted by abulwafaa on 31 Jan 10 - 0 Comments

Buat mereka yang masih tak sedar dan sibuk ‘berebut’ nama Tuhan bacalah dan renungkanlah artikel ini:

PORT-AU-PRINCE, Haiti – Ten Americans were detained by Haitian police on Saturday as they tried to bus 33 children across the border into the Dominican Republic, allegedly without proper documents.

The Baptist church members from Idaho called it a “Haitian Orphan Rescue Mission,” meant to save abandoned children from the chaos following Haiti’s earthquake. Their plan was to scoop up 100 kids and take them by bus to a rented hotel at a beach resort in the Dominican Republic, where they planned to establish an orphanage.

Whether they realized it or not, these Americans — the first known to be taken into custody since the Jan. 12 earthquake — put themselves in the middle of a firestorm in Haiti, where government leaders have suspended adoptions amid fears that parentless or lost children are more vulnerable than ever to child trafficking.

“In this chaos the government is in right now we were just trying to do the right thing,” the group’s leader, Laura Silsby told The Associated Press at the judicial police headquarters in the capital, where the Americans were being held pending a Monday hearing before a judge.

Silsby said they only had the best of intentions and paid no money for the children. She said her group obtained them through a well-known Haitian pastor named Jean Sanbil of the Sharing Jesus Ministries.

Silsby, 40, of Boise, Idaho, was asked if she didn’t consider it naive to cross the border without adoption papers at a time when Haitians are so concerned about child trafficking. “By no means are we any part of that. That’s exactly what we are trying to combat,” she said.

Social Affairs Minister Yves Cristallin told reporters the Americans were suspected of taking part in an illegal adoption scheme.

Cristallin said the 33 children were lodged late Saturday at an SOS Children’s Village outside of Port-au-Prince. SOS Children’s Villages is a global nonprofit based in Austria.

Many children in Haitian orphanages aren’t actually orphans but have been abandoned by family who cannot afford to care for them. Advocates both here and abroad caution that with so many people unaccounted for, adoptions should not go forward until it can be determined that the children have no relatives who can raise them.

UNICEF and other NGOs have been registering children who may have been separated from their parents. Relief workers are locating children at camps housing the homeless around the capital and are placing them in temporary shelters while they try to locate their parents or a more permanent home.

The U.S. Embassy in Haiti sent consular officials, who met with the detained Americans and gave them bug spray and MREs to eat, according to Sean Lankford of Meridian, Idaho, whose wife and 18-year-old daughter were being held.

“They have to go in front of a judge on Monday,” Lankford told The Associated Press.

“There are allegations of child trafficking and that really couldn’t be farther from the truth,” he added. The children “were going to get the medical attention they needed. They were going to get the clothes and the food and the love they need to be healthy and to start recovering from the tragedy that just happened.”

Haiti has imposed new controls on adoptions since the earthquake, which left thousands of children separated from their parents or orphaned. The government now requires Prime Minister Max Bellerive to personally authorize the departure of any child as a way to prevent child trafficking.

Silsby said they had documents from the Dominican government, but did not seek any paperwork from the Haitian authorities before taking 33 children from 2 months to 12 years old to the border, where Haitian police stopped them Friday evening. She said the children were brought to the pastor by distant relatives, and that the only ones to be put up for adoption would be those without close family to care for them.

The 10 Americans include members of the Central Valley Baptist Church in Meridian, Idaho and the East Side Baptist Church in Twin Falls, Idaho, as well as people from Texas and Kansas. Idaho friends and relatives have been in touch with them through text messages and phone calls, Lankford said.

“The plan was never to go adopt all these kids. The plan was to create this orphanage where kids could live. And kids get adopted out of orphanages. People go down and they’re going to fall in love with these kids, and many of these kids will end up getting adopted.”

“Of course I’m concerned for my wife and my daughter,” he added. “They were hoping to make a difference and be able to help those kids.”

The group described their plans on a Web site where they also asked for tax-deductible contributions, saying they would “gather” 100 orphans and bus them to the Dominican resort of Cabarete, before building a more permanent orphanage in the Dominican town of Magante.

“Given the urgent needs from this earthquake, God has laid upon our hearts the need to go now versus waiting until the permanent facility is built,” the group wrote.

___

Associated Press Writers Keith Ridler in Boise, Idaho, and Hope Yen in Washington, contributed to this story.

Muka dia tu lagi cantik kalau tak pakai make up

Archived in the category: Kehidupan
Posted by abulwafaa on 26 Jan 10 - 0 Comments

Pagi-pagi lagi hari ini dah dengar orang mengumpat.

Pagi-pagi lagi dah mulakan hidup dengan buat dosa.

Pagi-pagi lagi kita undang kemurkaan Allah.

Kotak oh kotak

Archived in the category: Kehidupan
Posted by abulwafaa on 21 Jan 10 - 0 Comments

Kotak pun RM 8 satu?

http://www.theboxcompany.com.my/boxsmall.html

Semoga Allah mudahkan

Archived in the category: Pelajar
Posted by abulwafaa on 19 Jan 10 - 0 Comments

Bagi yang sedang menghadapi peperiksaan final MBBS di Manchester, MRCP Part 1 di UM serta peperiksaan-peperiksaan lain di mana sahaja anda berada.

Bawak berdoa dan bertenang. Semuanya telah tersurat di Lauh Mahfuudh.

Nabi sallAllah ‘alayhi wa sallam TAK LARANG GUNA kalimah ALLAH

Archived in the category: Kehidupan
Posted by abulwafaa on 09 Jan 10 - 0 Comments

Para Nabi-nabi ‘alayhimussalam datang untuk memerangi shirik dan membawa tauhid. Puak-puak Kristian menshirikkan Allah. Kaum Yahudi juga menshirikkan Allah. Puak-puak Hindhu dan Buddha tiap-tiap hari menshirikkan Allah.  Kita disuruh membawa mereka kepada meninggalkan shirik sama ada dengan da’wah, dialog, debat dan lain-lain cara. Kita tak dituntut melarang mereka menggunakan kalimah Allah.

Mereka telah menshirikkan Allah dengan perbuatan, hati dan perkataan. Apakah perlunya melarang mereka sekadar menshirikkan Allah dalam tulisan-tulisan mereka yang diedarkan sesama mereka sahaja ?

Apakah bodoh sangat kaum Muslimin Malaysia?

Archived in the category: Kehidupan
Posted by abulwafaa on 08 Jan 10 - 0 Comments

Nabi sallAllah ‘alayhi wa sallam tak pernah melarang pun kaum Musyrikin menggunakan kalimah Allah. Para sahabat dan Tabi’iin pun tak pernah larang. Para Masyaaikh universiti Al Azhar pun tak pernah larang kaum Nasrani guna kalimah yang sama di Mesir sejak zaman-berzaman. ‘Ulamaa’ di Syria pun tak melarang. Tiba-tiba pak ustaz dan mufti di Malaysia nak larang.

Aduh, jahilnya tindakan ini!!! Dan bengapnya golongan yang mahu berdemonstrasi dan bertindak ganas kerana urusan ini.

Salahkah Mereka Nak Guna Perkataan Allah ?

Archived in the category: Kehidupan
Posted by abulwafaa on 05 Jan 10 - 0 Comments

Dalam sebuah negara yang menjadikan hari upacara Shirik sebagai hari cuti umum, tentu pelik apabila sekadar isu kalimah Allah mahu dijadikan polemik. Setiap hari, pelbagai majlis dan upacara shirik dilakukan di sana-sini tanpa timbul apa-apa bantahan. Jumlah gereja yang lebih banyak dari masjid dalam kawasan Ipoh tak pernah mengundang bantahan. Mengapa penggunaan kalimah Allah yang memang telah digunakan oleh kaum Nasrani Arab sejak ribuan tahun mahu dijadikan isu ?

Sunday sevice di gereja-gereja seMalaysia memang ada menggunakan bahasa Melayu dan tidak menghairankan pun jika kalimah Allah digunakan. Apa yang ributnya ? Bila agaknya orang Islam di Malaysia mahu mula melakukan sesuatu yang lebih produktif dalam membela Islam daripada melaungkan slogan-slogan dan retorik-retorik tidak berfaedah ? Muka ditusuk pisau didiamkan tapi bila peha dicubit sedikit mahu baling bom? Tak perlulah bersusah-payah memperjuangkan perkara tak berfaedah. Got nothing better to do ?

Berhenti untuk berfikir

Archived in the category: Kehidupan
Posted by abulwafaa on 05 Jan 10 - 0 Comments

Kadang-kadang masa terasa berlalu bagaikan terlalu pantas. Masa mungkin tidak bergerak lebih laju hari ini berbanding semalam dan tidak pula tahun ini berbanding tahun lepas namun bila kita tidak menyediakan waktu untuk berfikir dan merenung, banyak masa yang berlalu begitu sahaja tanpa peningkatan.

Banyak waktu boleh dijimatkan jika sedikit masa diperuntukkan setiap hari dan setiap minggu untuk merenung dan merancang. Saya selalu lupa untuk memperuntukkan masa untuk merancang. Akibatnya kadang-kadang kita terlepas peluang, wang dan macam-macam lagi. Marilah kita jadikan hidup ini lebih efisien dan cemerlang dengan perancangan. Sepuluh minit yang membosankan untuk merancang mungkin boleh menyelamatkan kita dari pelbagai kekarutan dan penyesalan dalam hidup. Selamat merancang hari-hari,bulan-bulan dan tahun-tahun mendatang.

Orang Malaysia Tidak Puasa ‘Aashuraa’

Archived in the category: Pelajar
Posted by abulwafaa on 28 Dec 09 - 4 Comments

Saya berjumpa dengan seorang dari Yaman semalam. Dia bertanya sama ada saya berpuasa atau tidak pada hari tersebut. Saya menjawab tidak. Saya memberitahu bahawa biasanya saya berpuasa pada 9 dan 10 Muharram setiap tahun namun tahun ini saya lupa dan kurang alert dengan tarikh bulan Islam. Dia menyatakan kehairanannya tentang mengapa ramai orang yang ditemuinya di Malaysia tidak berpuasa pada hari ‘Aashuraa’. Saya lalu memberitahu beliau bahawa di Malaysia biasanya ramai orang hanya tahu tentang puasa 6, puasa Isnin Khamis dan puasa Sha’baan. Kebanyakan orang hatta yang dikira lebih beragama juga tidak berapa tahu tentang puasa ‘Arafah dan ‘Aashuraa’ ini di negara ini.

Maka sama-samalah kita berkempen agar lebih ramai orang melakukan kedua puasa ini sesuai dengan Sunnah dan demi menghapuskan dosa-dosa kita selama setahun atau lebih.

Ulangkaji Sebahagian Amalan Haji

Archived in the category: Kehidupan
Posted by abulwafaa on 30 Nov 09 - 1 Comment

8 Dhulhijjah (Hari Tarwiyyah)

Orang yang membuat haji Tamattu’ akan memakai pakaian ihram dan berihram haji dari tempat dia berada.

Orang yang membuat haji Qiraan atau Ifraad akan terus berada dalam keadaan ihram seperti sebelumnya.

Mina, 5 kilometer ke Timur Makkah menjadi destinasi dan jamaah akan solat zuhur, asar, maghrib, isya’ secara qasar tanpa jama’. Solat subuh esoknya dilakukan seperti biasa.

normal_mina_2.jpg

9 Dhulhijjah (Hari ‘Arafah)

Selepas terbit matahari menuju ke ‘Arafah, 20 km ke Timur Makkah dan nanti solat qasar Zuhur dan ‘Asar di sana secara jama’ taqdim .  Wuquf bermula dari waktu Zuhur hingga terbenam matahari.

792993-arafah-area-0.jpg

Dhikir dan Doa diperbanyakkan ketika ini.

Selepas tenggelam matahari, menuju pula Muzdalifah dengan tenang. Di Muzdalifah solat maghrib dan isyaa’ secara jama’ qasar.  Bermalam di Muzdalifah.

Keesokan harinya solat fajar pada awal waktunya dan memperbanyak doa dan dhikir. 7 ketul batu dikutip.

10 Dhulhijjah (Hari Nahar)

Menuju Mina selepas terbit matahari. Melontar Jamrah Al ‘Aqabah dengan 7 batu.

Orang yang membuat haji tamattu’ dan qiran akan membuat sembelihan.

Memotong atau mencukur rambut.

Tahallul awal dari ihram, boleh berwangi-wangian dan memakai baju biasa.

Boleh melakukan tawaaf ifaadhah atau boleh ditangguhkan sehingga 11, 12 atau bersama tawaf widaa’ dan ini ialah tahallul kedua.

Melakukan sa’i bagi yang berkenaan dan boleh menangguhkannya seperti tawaaf ifaadhah.

11 Dhulhijjah (Hari-hari Tasyriiq 11,12,13 Dhulhijjah)

Bermalam di Mina. Selepas tergelincir matahari melontar 7 batu pada Jamrah Sughra, kemudian Wusto dan seterusnya Kubra. Berdoa selepas melontar jamrah sughra dan wusto.

jamrat_2.jpg

12 Dhulhijjah

Bermalam di Mina. Selepas tergelincir matahari melontar 7 batu pada Jamrah Sughra, kemudian Wusto dan seterusnya Kubra. Berdoa selepas melontar jamrah sughra dan wusto.

Dia kemudian boleh keluar dari Mina sebelum terbenam matahari dan kemudian membuat tawaf widaa’.

13 Dhulhijjah

Bermalam di Mina. Selepas tergelincir matahari melontar 7 batu pada Jamrah Sughra, kemudian Wusto dan seterusnya Kubra. Berdoa selepas melontar jamrah sughra dan wusto.

Meninggalkan Mina menuju Makkah untuk tawaf Widaa’. Gugur kewajipan ini bagi yang datang haidh dan nifas.